As salam...tertarik btl aku dgn isu bulu kucing & solat! Aku nie peminat tegar binatang kesygn Rasulullah saw. Dulu bunyi kucing aku lari dh! Tp skg aku yg p cari bunyi tu...punya akubtlalu syg kucing jat umah nie je ade lbh 15 ekor...
So bab bulu kucing nie xyah story la..mmc bkepuk2. Tmbah lak sume nie baka persian...bila lalu d wall fb bkaitan isu nie aku jd xkeruan. Mohon maaf klu ade yg trasa..tp bgus juga dibangkitkan supaya kita tau hukum sbnr. Aku pun br nk berusaha tau mcm2...maklumla br nk blaja. So mohon maaf...hopefully jgn trasa! sharing is caring!
Ini antara jwpan yg aku jmp...slain dgr ceramah2 dr ulama....
Bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut...
Ini Hang kasturi binti Hang Jebat a.k.a dusun!
Ni kapas..nama penuh Tun Perak Bin Hang Jebat 😅
Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang-pengarang al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah
i) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadanya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'
Rasulullah SAW bersabda :
'Sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum). Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meninggalkannya sebab menjaga kesihatan"
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu didalam hadis yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang-orang didalam rumah.
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda ï·º: “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah)
Imam al-Turmuzi berkata hadith ini hasan sahih dan pendapat kebanyakan ulama di kalangan sahabat Nabi, tabiin dan selepas mereka seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bekasan kucing tidaklah mengapa. Sebenarnya isu ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Mengikut kenyataan Ibn Qudamah “Setiap haiwan hukum bulunya, kulitnya, peluhnya, air matanya, dan air liurnya adalah hukum berdsarkan jilatannya pada bersih atau najis”. Lihat al-Mughni 1/48.
Tgk la rupa kucing2 yg kat umah nie..bab tdo mmg mcm2 style.
Bagi bab yg merunsingkan aku ari nie selesai...nnt bila2 free aku try cr bbrp hadis lg...supaya menguatkan kefahaman aku juga pd sapa yg sudi membaca d sini...in sha Allah!
No comments:
Post a Comment