me & mine

Nak share apa yg blh di share...especially utk yg sudi mbaca. Dunia hanya sementara...
pesanan org tuaku..." hina besi kerana karat...hina manusia kerana tidak berilmu:...
Pesanan utk sume..."Idup biar berakal...tp mati jgn brantu!"

Peace yoo... \m/

Thursday 20 August 2015

Sumpah lega!

As salam....& slmt ptg!

Alhamdulillah...20 ogos 2015 ari nie penamat segala pnyeksaan after almost 2 years btarung ngan kdaan! Cait..ayat power! Hahahhaaa.... 1st day msk kelas..mmg blur tahap gaban! Blk umah tekanan mental tahap dewa. Bkenalan ngan kwn2 yg ps mula btl2 stranger! Tp lama2 merka adalah sahabat yg sgt mbantu...seingt aku mula2 ade dlm 21 org sama2 bjuang d sem 1...alhamdulillah berkat usaha & dorongan org tsyg ari nie abes sudah! 

Xyah psg alarm stiap jam...xperlu tahan ati dr mlakukan aktiviti yg biasa d lalui..xyah g class dh ujg mggu. Even perit....tp ia akan jd sweet memories utk aku!  Alhamdulillah...selesai semua tugasan..abes sudah final exam! Skg masa utk aku bsuka ria...bjimba! Bkn senang nk senang...tp alhamdulillah! Kepada sapq yg sudi baca coretan nie. Tuntut la ilmu walau dmana sahaja!

Pd sume rakan seperjuangan....kita dh merdeka! Smoga sume sukses....mst rindu time bwasap ja. 2 3 pg....hehehehee...

Thursday 6 August 2015

Educational leadership




 Responden 1

Responden dilahirkan pada Januari 1968, berasal dari Kuala Lumpur. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Bapanya merupakan pesara kerajaan, Bekas Guru Besar di salah sebuah Sekolah Menegah di Kuala Lumpur. Manakala ibunya pula merupakan seorang bekas Timbalan Pengarah Bahagian di salah sebuah Agensi Kerajaan dan juga merupakan seorang pesara. 
Mendapat pendidikan diperingkat Diploma dalam bidang Senireka Grafik dan seterusnya melanjutkan pengajian terus keperingkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam dalam bidang Senireka Grafik. Responden juga telah berjaya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Di Glasgow Universiti.
Mula berkhidmat pada tahun 2000 dan berusaha mencapai keperingkat ini setelah hampir 20 tahun berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat. Berkhidmat dalam gred J dalam bidang teknikal. Pernah menerima pelbagai anugerah setelah berjaya mencapai banyak kejayaan sendiri dan melalui agensi. Paling dibanggakan setelah menerima Anugerah Pendidik Terbilang MARA. Memegang jawatan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik di salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPMa). Telah memegang jawatan sebagai pemimpin selama hamper sepuluh tahun, dan ini merupakan pusat kedua baginya sebagai pemimpin.

 



Responden 2

Responden berasal dari Negeri Johor dan dilahirkan pada tahun 1972. Mendapat pendidikan bermula dari Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi pelajaran Malaysia dan sterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia.
Responden merupakan anak kepada seorang pesara tentera dan ibunya seorang surirumah sepenuh masa. Responden merupakan anak ke lima daripada sebelas orang adik-beradik.  Telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. Isterinya juga merupakan seorang pendidik.
Meminati bidang pendidikan dan mula berkhidmat sebagai pendidik bermula tahun 1998. Setelah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat sarjana, responden berpeluang untuk dinaikan pangkat ke jawatan Ketua Jabatan. Pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Responden telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan, dan mempunyai serba-sedikit pengalaman dalam bidang pendidikan.

2.      MEMBINA SOALAN TEMUBUAL

Dalam membina soalan–soalan yang akan dikemukakan kepada responden, pengkaji mestilah mengetahui dan menyenaraikan beberapa perkara yang diperlukan supaya soalan yang dibina tidak tersasar dari tujuan utama kajian. Soalan dibina bagi menjawab tugasabn yang diberikan. Pengkaji menyenaraikan soalan yang akan dikemukakan kepda responden dalam sesi temubual (face-to-face).


Sebelum berjumpa responden pengkaji telah membuat ujian rintis terhadap soalan-soalan supaya setiap soalan yang dikemukan memberi input yang positif terhadap kajian yang dijalankan. Pengkaji mengenalpasti maklumat yang diperlukan. Selain dari itu pengkaji perlu mengenalpasti responden yang hendak di temubual dengan membuat sedikit penyelidikan berkenaan latar belakang tokoh berkenaan.
Soalan dikemukakann menggunakan teknik temubual tidak berstruktur, yang juga merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapat fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan terbuka (‘open-ended questions’) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dari responden.
Seperti biasa soalan didahulukan dengan bertanya mengenai latar belakang reponden. Dan temubual diteruskan dengan soalan soalan yang lebih mengjerumus pada tajuk kajian. Soalan-soalan adalah seperti dalam lampiran yang akan disediakan.

3.      TEMUBUAL

Temubual merupakan pendekatan yang digunapakai dalam mendapatkan maklumat terhadap responden. Pengkaji telah memilih dua orang responden yang diperingkat pemimpin untuk ditemubual. Setiap sesi temubual telah dijalankan selama hampir satu jam. Beberapa soalan yang telah disenaraikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesi ini. Soalan –saoaln yang dbina adalah seperti dalam lampiran 1.

Sebelum berjumpa responden pengkaji telah membuat temujanji supaya temubual yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan sempurna disamping mendapatkan kebenaran dari responden supaya segala informasi yang diperolehi boleh digunakan dalam kajian ini.Dalam sesi temubual ini, pengkaji telah menambah beberapa soalan mengikut keperlian bagi menarik minat responden untuk berkongsi maklumat. Di akhir temubual pengkaji membuat kesimpulan dan memberi kata-kata semangat kepada responden dan temubual di akhiri dengan ucapan terima kasih.
            Pengkaji telah mengenalpasti dua orang responden. Setelah temujanji dibuat, pengkaji telah bersedia bersama senarai soalan yang di atas. Perkara pertama yang dibuat adalah pengkaji sebelum membuat temujanji ialah memberiahu tujuan temubual dijalankan dan setelah mendapatkan persetujuan daripada responden untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam membuat kajian ini. Semasa temubual dijalankan, pengkaji telah menggunakan peramkam suara sebagai alat banTuan dalam merekod maklumat. Dalam masa yang sama, beberapa catatan yang penting perlu dibuat oleh pengkaji. Setelah temubual selesai, pengkaji menyatakan penghargaan atas kerjasama responden.
Setelah selesai temubual, pengkaji membuat penelitian terhadap catatan dan rakaman yang telah dibuat. Pengkaji juga menyediakan transkrip perbualan sepanjang sesi temubual dengan bantuan rakaman suara dan catatan.





4.       HASIL TEMUBUAL

Responden 1

Soalan 2 : Sebagai seorang pemimpin biasanya mereka mempunyai idola yang boleh membantu menaikan semangat atau memberi inspirasi. Inspirasi responden pertama ialah ibunya sendiri dimana responden mula kagum bila melihat ibunya mampu memimpin ramai orang bawahan.
Soalan 3 : Responden mengamalkan nilai yang murni dengan menekankan nilai-nilai agama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. Responden juga menutamakan sifat amanah dan berdisiplin serta sentiasa bekerjasama. Dalam memastikan nilai-nilai teras dapat diterapkan, sebagai pemimpin responden menunjkkan contah dan tauladan yang baik daan mengambil contoh bagaimana yang telah  dilakukan oleh bapanya.dalam mendidik anak. Responden suka bersifat terbuka dimana setiap tugasan yang diberikan. Dan responden lebih bersikap bertanggungjawab dan turut sama dalam menjalankan tugas supaya setiap tugasan dapat difahami oleh semua kakitangan.
Soalan 4 : responden mempunyai cara tersendiri dalam menangani masalah mendapat komitment dari pekerja. Responden banyak menggunakan cara diplomasi dimana beliau akan bersifat terbuka dalam menangani masaah tersebut.
Soalan 5 : Responden berusaha dengan cara tersendiri dalam memberi kefahaman dan penghayatan Visi dan Misi kepada kakitangannya. Visi dan Misi erupakan tunjang utama bagi responden dalam menjayakan organisasi. Responden akan memastikan kakitangan memahami apakah visi dan misi organisasi.
Soalan 6 : Responden mengadakan beberapa program contohnya seperti Program Sharing Knowledge dalam membantu membudayakan nilai-nilai yang baik kepada pekerja baru di dalam organisasinya. Selain daripada itu responden juga melantik mentor dikalangan pekerja yag berpengalaman dalam membimbing kakitangan baru.
Soalan 7 : Dalam memastikan kecemerlangan kurikulum menjadi tanggungjawab pensyarah-pensyarahnya, responden meletakkan satu target dalam setiap tugasan. Contohnya dalam menangani masalah ponteng responden meletakkan target dengan melancarkan kempen ‘WX sifar’ dimana rekod kehadiran pelajar menjadi keutamaa dalam menangani masalah ini.
Soalan 8 : Untuk memastikan pensyarah mempunyai sifat bertanggungjawab, responden sentiasa memastikan asetiap arahannya sentiasa difahami.
Soalan 9 : Responden mengambil berat tentang penurunan prestasi peperiksaan, sebagai langkah bersedia responden mengarahkan semua pensyarah mengadakan program intevensi bagi menangani masalah pelajar lemah. Dan pensyarah diminta menyediakan laporan bagi mengatasi masalah pelajar.
Soalan 10 : Responden sentiasa berusaha dalam memperkembangkan potensi dan meningkatkan kecemerlangan organisasinya. Bagi responden, cemerlang seseorang pekerja itu bermakna organisasinya juga adalah cemerlang. Responden sentiasa menggalakkan pekerja mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Responden juga meletakkan KPI atau target dalam memastikan kejayaan. Disamping responden juga menegaskan sifat menyayangi orgnisasi dalam menjayakan setiap apa juga program dan aktiviti yang dijalankan.
           



Responden 2

Soalan 2 : Idola kepimpinan yang berjaya mempengaruhi responden ini ialah Allahyarham Hj. Ahmad Fauzi yang merupakan mantan Pengarah responden suatu masa dahulu. Responden suka cara idolanya membantu kakitangan bawahan yang melakukan kesilapan dengan memberi tunjuk ajar dan bukan menghukum.
Soalan 3 : Responden menekankan rasa tanggungjawab, amanah dan jujur dalam menjalankan tugas kepada kakitangannnya juga pemantauan diperlukan. Responden juga sentiasa memberi peringatan da contoh dengan mengamalkannya sendiri. Dengan apa yang di buat, responden mendapati penerimaan secara positif dari anggota organisasinya.
Soalan 4 : Reponden memberi peluang untuk kakitangannya memerpaiki kelemahan, sekiranya tidak berkesan teguran akan diberi.
Soalan 5 : Responden menggunakan masa bermensyuarat dalam memberi kefahaman dan penghayatan berkaitan visi dan missi organisasi.
Soalan 6  : Dalam usaha membantu pekerja baru membudayakan nilai-nilai yang baik, responden mewujudkak konsep ‘mentoring’ dimana pekerja yang lebih senior dilantik sebagai mentor.
Soalan 7 : Dalam memastikan kecemerlangan kurikulum menjadi tanggungjawab pensyarah di Istitusi tersebut, responden sentiasa memanta prestasi pekerja pensyarah dan memberikan peringatan sekiranya terdapat kelemahan.
Soalan 8 : Dalam menerapkan budaya pemudahcara dikalangan pensyarah, responden membuat peraturn di dalam kelas dan mendapatkan makluman dari pelajar.
Soalan 9 : Responden akan membuat autopsy/periklanan dalam pelbagai aspek dan mengenalpasti punca-punca berlakunya penurunan prestasi juga membuat perancangan penambahbaikkan.
Soalan 10 : Sebagai pemimpin, responden akan memberikan galakkan kepada staf untuk meningkatkan prestasi diri. Selain itu responden juga memberikan penghargaan atas usaha yang telah dibuat. Dan responden juga berusaha untuk menjadi contoh yang baik untuk menjadi ikutan staf bawahannya.

5.      PERBANDINGAN KESELURUHAN RESPONDEN

Setelah selesai membuat temubual, pengkaji telah mendapat beberapa informasi yang boleh digunapakai dalam kajian ini.stiap responden memberikan maklumt yang diperlukan dengan mudah, keran mereka memahaami setiap maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji. Secara keseluruhan jawapan yang diberikan memberi impak yang positif dan juga negatif.
Dalam soalan 1 dan ke 2, responden pertama menjadikan idola orang yang terdekat dengannya dimana ia merupakan inspirasi responden sejak dari kecil.  Responden pertama juga lahir dalam keluarga yang berjaya untuk menhjadi aspirasi baginya untuk berjaya salam kehidupan dan menjadi pemimpin. Berbeza dengaan responden kedua, pemimpin yang pernah memimpin beiau suatu masa dahulu menjadi idolanya dimana responden tertatik dengan cara idolanya membimbing kakitangan beliau sebelum ini.
 Untuk soalan ke 3 dimana banyak menekankan nilai-nilai teras dalam organisasi dan kepimpinan. Kedua-dua responden banyak menitik beratkan tanggungjawab yang diberi dalam menjalankan tugas yang di amanahkan. Bagi responden pertama lebih menekankan nilai-nilai keagamaan seperti bersifat amanah, brtanggungjawab dan berdisiplin serta bekerjasama disamping mempercayai orang bawahannya dalam menjalankan tanggungjawab, manakala responden kedua pula menggunakan elemen yang sama tetapi baginya pemantau perlu dibuat walaupun secara minimum. Kedua-dua reponden menyatakan contoh yang terbaik daripada pemimpin adalah merupakan kaedah membantu pekerja dibawahnya untuk mengunakan nilai-nilai teras dalam perkhidmatan. Dengan yang demikian kedua-dua responden mendapat reaksi positif dari kakitangan masing dengan memberikan kerjasama kepada mereka dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh r kedua-dua responden.
Dalam soalan ke empat, pengkaji melihat kedua-dua responden mempunyai persamaan dalam menangani kakitangan yang bermasalah. Dalam satu petikan sebuah akhbar tempatan iaitu KOSMO 22 Mac 2015 (ruangan Akademik) :
‘Adalah amat penting bagi setiap ketua dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran menangani pekerja bermasalah dengan menghantar mereka menjalani kursus tersebut. Dengan ilmu dan kemahiran ini, seorang ketua akan lebih yakin untuk berhadapan dengan pekerja bermasalah dan mereka juga tidak mungkin terjerat oleh sebab tersalah langkah dalam mengatasi masalah ini.’

Daripada petikan tersebut, responden telah menggunakan kaedah yang sama dimana responden akan menegur dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum tindaakan lain diambil. Walaubagaimanapun tindakan kedua responden adalah dengan memberi teguran secara lisan sebelum di ambil tindakan tatatertib.
            Dalam soalan ke lima, ia menilai kepentingan memahami visi dan misi bagi responden dalam organisasi yang di terajui. Kedua-dua responden dalam satu organisasi yang sama tetapi dalam jabatan yang berbeza. Mereka menggunakan kaedah yang sedikit berbeza. Begi responden pertama, responden mewajbkan semua kakitangannya memahami Piagam pelanggan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kerana Piagam pelanggan sangat mempengaruhi misi dan visi organisasi. Manakala responden kedua pula mengunakan masa bermesyuarat untuk memberi kefahaman kepada kakitangannya.
            Pekerja atau kakitangan baru merupakan aset baru dalam membentuk pembangunan sesebuah organisasi.  Soalan ke enam mengkaji bagaimana ketua atau pemimpin dapat membantu kakitangan baru dalam membudayakan nilai-nilai yang baik. Kedua—dua responden menngunakan konsep mentoring dimana pekerja senior menjadi mentor kepada kakitangan-kakitangan yang baru. Dan responden pertama mengambil langkah lebih effektif dengan mengadakan program yang dinamakan ‘Sharing Knowledge’ untuk berkongsi idea dan saling ingat-mengingati disamping menyampaikan pelbagai informasi terkini.
Kecemerlangan kurikulum adalan tunjang utama kejayaann sesebuah institusi pendidikan. Sebagai pemimpin responden mempunyai tanggungjawab yang berat untk memenuhi. Dalam mencapai kejayaan responden pertama matlamat dalam setiap tugasan dengan ini secara tidak langsung pencapaian pelajar antara matlamat utama institusi. Responden perama akan peka pada setiap permasalahan supaya ia dapat di atasi segera. Pelbagai aktiviti dan perancangan untuk memastikan keecemerlangan kurikulum. Sedikit berbeza dengan responden keduua. Responden kedua pula memilih pemantauan prestasi kerja pensyarah. Peringatan akan diberi kepada pensyarah sekiranya terdapat sebarang masalah atau kelemahan.
            Sebagai pendidik, budaya pendidikan atau perguruan yang dijadikan sebagai pemudahcara menyampai dalam pengajara didalam kelas adalah penting. Sebagai pemimpin pendidikan pelbagai cara untuk menjaminserta memastikan ia dlaksanakan dengan sempurna. Bagi responden pertama, beliau menegaskan bahawa ia adalah tanggungjawab pensyarah itu sediri. Sebagai pemimpin responden memberi arahan yang mudah difahami supaya pensyarah sentiasaa menyedari apakah tanggungjawab mereka. Bagi responden kedua pula, belia memmbuat peraturan di dalam kelas dan mendapatkan maklim balas dari pelajar.
            Penurunan pretasi peperiksaan merupakan suatu yang dianggap bencana bagi sesebuah institusi. Sebagai pemimpi, reponden pertama akan mengambil langkah bersedia dengan sentiasa mengemaskini prestasi pelajar melalui pensyarah.  Ini dibuat untuk memastikan masalah pelajar tercicir dan lemah dapat di atasi ssegera dengan beberapa kaedah seperti dengan membuat kelas tambahan atau mengadakan intervensi bagi pelajar yaag lemah dan yang memerlukan permerhatian. Pensyarah juga akan lebih perihatin dan akan membuat tindakan segera dalam mngatasi masalah-masalah yang pelajarnya. Bagi responden kedua, beliau akan membuat autopsi dari pelbagai aspek. Responden akan mengenalpasti puncca berlakunya penuruunan dan akan membuat perancangan untuk penambahbaikan.
Sebagai pemimpin pelbagai usaha yang dilakukan dalam memperkembangkan potensi dan meningkatkan kecemerlangan organisasi. Bagi reesponden pertama, galakkan kecemerlangan sentiasa dbuat. Responden sentiasa menggalakkan kecemerlangan individu atau kakitangannya dalam memastikan kecemerllangan dalam orgaanisasinya. Kerana bagi responden kejayaan setiap kakitangannya melambangkan kejayaan dalam organisasi pimpinannya. Antara usaha yang dilakuka oleh responden ialah dengan mnggalakkan semua kakitanganya mengambil bahagian  daam pelbagai pertandingan contohnya seperti Pertandingan Inovasi, kerana kejayaan yang akan dicapai hasil usaha sama akan menunjukkan kejayaan organisasi tersebut. Selain daripada itu, rsponden juga sentiasa memberi galakkan dan sokongan kepada semua kakitangan untuk melanjukan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Responden juga sentiasa meletakkan KPI dalam setiap tugasan yang diberi supaya mencapai kejayaan seperti yang dirancang. Responden kedua juga sama, belia sentiasa memberi galakkan kepada kakitangannya untuk meningkatkan prestasi diri. Selain daripada itu responden kedua juga akan memberi penghargaan kepada kakitangannya di atas setiap kejayaan yang dibuat. Responden juga berusaha untuk menjadi yang terbaik supaya beliau dapat menjadi contoh dan ikutan kepada kakitangan di bawahnya.


6.      KESIMPULAN

Hasil daripada sesi temubual kedua-dua responden yang dijalankan mendapat memantu pengkaji dalam membauat penilaian. Daripada beberapa soalan yang di ajukan jelas menunjukkan konsep keepimpinan yang digunakan oleh kedua-dua responden. Mereka mempunyai sifat  kepimpinan yang tersendiri. Kepimpinan yang mereka laksanakan mempunyai impak tersendiri terhadap hasil kepimpinan yang mereka amalkan.
Responden pertama yang pada awalnya dikriteriakan sebagai ‘born to be a leader’ dimana responden mempunyai kedua ibu bapa yang berjaya dan lahir dari keluarga pemimpin. Responden kedua adalah pemimpin yang lahir dari rasa sendiri untuk berjaya. Kejayaan responden tanpa pengaruh dari keluarga terdekat. Menurut Cleland (2004), kepimpinan merupakan satu sifat semulajadi di mana seseorang individu tersebut adalah berkeupayaan dalam memimpin sekumpulan manusia dengan memastikan setiap pekerjanya adalah bermotivasi.
Pengkaji menilai kepimpinan responden pertama sebagai Kepimpinan Demokrasi. Dimana responden pertama mempunyai cara kepimpinan demokratik yang juga dikenali sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dan mempunyai tanggungawab dalam organisasi. Responden juga memberi peluang kepada semua kakitangannya untuk memberi pendapat dan peluang bagi memperbaiki kesilapan. Menurut Nurhelmi Ikhsan, (2008), contoh seorang tokoh iaitu Aminuddin Baki, merupakan seorang pemimpin atau seorang ketua yang tidak suka mengarah dan menunjukkan kuasanya kepada pegawai bawahannya. Aminuddin Baki juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan di dalam teori gelagat di mana gaya kepimpinan beliau dilihat lebih menjurus kepada kepimpinan demokratik. Selain itu responden mewujudkan kecemerlangan pencapaian kurikulum dan menanam semangat professional yangt terhadap pensyarah-pensyarah dan kakitangan dibawah pimpinannya. Menurut Wahab (2006). Pemimpin yang jenis demokrasi adalah pemimpin yang berada di tengah-tengah organisasi, ini di klasifikasikan sebagai pemimpin yang bersikap mesra dan senang diterima dikalangan kakitangannya.
Responden kedua mempunyai ciri kepimpinan Autokratik. Pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan cara ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Menurut Ginsberg dan Murphy (2002), pemimpin yangmengamalkan pemantauan dari bilik darjah ke bilik darjah walaupun telah membuat pencerapan secara formal. Pemantauan ini penting bagi mengawasi kemajuan pelajar untuk pencapaian matlamat sekolah.
Menurut Robiah (2003), Keberkesanan tindakan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya dalam dua proses memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan kakitangan di bawahnya. Walau bagaimana pun kedua-dua responden mempunyai pendapat yang sama. Iaitu diri kepimpinan kedua-dua responden ini adalah seorang pemimpin yang memberi penekanan dalam memantau pencapaian murid. Menurut Lokman & Mohd Anuar (2011), Pemantauan ini mampu memperbaiki mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di samping dapat memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang tokoh yang sangat menrik minat pengkaji dalam memahami terori kepimpinan. Beliau telah diberi gelaran “Bapa Pemodenan” atas usahanya untuk memajukan dan memodenkan Malaysia sepanjang 22 tahun memerintah. Beliau telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia serta mampu bersaing dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir atau di kenali sebagai Tun M dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Kesimpulannya, kedua-dua responden telah mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Kepimpinan merekan dalam bidang  pendidikan secara langsung bukan dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran, malahan dapat memupukan kebolehan guru serta membentuk tanggungjawab dikalangan seluruh kakitangannya. Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab pemimpin instructional juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi.
   















7.      RUJUKAN



Wahab, A.A. 2006. Anatomi Organisasi Dan Kepemimpinan Pendidikan. Bandung : Alfabeta

Lokman Mohd. Tahir & Mohd. Anuar Abd. Rahman (2011). Orientasi Kepimpinan Pengetua Sekolah. Johor Bahru: Penerbit UTM Press. 
Ginsberg, M.B. & Murphy, D. (2002). How Walkthroughs Open Doors. Educational Leadership 58 (8). 34-36.
Robiah Sidin(2003).Teori Pentadbiran Pendidikan: Satu Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurhelmi Ikhsan. (2008). Seminar Pengurusan Islam: Gaya kepimpinan – kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik dan kepimpinan Laissez-faire dan kesannya terhadap pengurusan organisasi.



8.      LAMPIRAN

Soalan Temubual

1.      Bolehkah Tuan ceritakan latar belakang keluarga dan tahap tertinggi pendidikan Tuan/puan?

2.      Siapakah antara pemimpin yang memberikan kesan besar /mentor dalam kepimpinan Tuan/puan? Mengapa beliau menjadi inspirasi kepada Tuan?

3.      a)         Bagaimanakah Tuan/puan menerapkan nilai-nilai teras dalam organisasi Tuan?
b)        Adakah Tuan mempunyai sebarang strategi dalam memastikan nilai-nilai teras dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan?
c)         Bagaimanakah penerimaan oleh anggota-anggota dalam organisasi Tuan?

4.      Bagaimanakah Tuan menangani kakitangan yang mempunyai masalah-masalah yang tidak kompiten dalam menjalankan tugas?

5.      Adakah Tuan memperuntukkan sedikit masa untuk memberikan kefahaman dan penghayatan berkaitan visi dan misi organisasi /sekolah kepada kakitangan Tuan?

6.      Apakah kaedah yang Tuan lakukan dalam membantu pekerja baru dalam membudayakan nilai-nilai yang baik dalam organisasi/sekolah Tuan ini?

7.      Bagaimanakah cara Tuan dapat memastikan kecemerlangan kurikulum ini menjadi tanggungjawab bagi setiap guru-guru di sekolah ini?





8.      Bagaimanakah Tuan dapat memastikan setiap guru dapat menerapkan budaya guru sebagai pemudahcaraan menyampaikan pengajaran dalam kelas harian?

9.      Sekiranya berlakunya penurunan prestasi peperiksaan /pentaksiran di sekolah Tuan, apakah yang perlu Tuan lakukan?

10.  Sebagai pemimpin, apakah yang Tuan lakukan dalam usaha memperkembangkan potensi dan meningkatkan kecemerlangan organisasi yang Tuan pimpin sekarang?