me & mine

Nak share apa yg blh di share...especially utk yg sudi mbaca. Dunia hanya sementara...
pesanan org tuaku..." hina besi kerana karat...hina manusia kerana tidak berilmu:...
Pesanan utk sume..."Idup biar berakal...tp mati jgn brantu!"

Peace yoo... \m/

Friday 30 October 2015

Aisyah is 10th...

As salam...ari nie 10 years ago 31 oktober 2005 aku kat ppum nie. Tgh ready utk deliver my 1st baby. Tgh duk tmnung...dgr kuda blari2!

Stat jam 8...mcm2 blaku. Xde rasa sakit..tp neves! Jam 11 msk kan epidural....skg rasa mnyesal sbb tkesan kerana epidural (antara laaaa...) tp ape pun syukur alhamdulillah sbb prasaan neves x lama..dlm 2 jam lahirla seorg puteri kesygan kami Dayang Nur'Aisyah Aqilah...putih merah! Buku roma kale perang...doc tnya..ur hsbn from where. Ishh...doc nie buta kot pdhal baby nie mcm aku la (huahahhahahahahaaaaaa)...

Jam 4 segalanya setel...ari yg sama dpt berita hsbn naek 1 paku! Besar rahmat....rezqi anak katakan..alhamdulillah aisyah mbesar dgn sempurna. Kami beri kasih syg...

Semoga aisyah terus mbesar dan mjadi anak yg solehah bjaya dunia akhirat. Mommy syg kakak..mommy nak kakak tau kakak satu2nya puteri kesayangan yg mommy ada. Kakak kene blaja btl2 utk masa dpn kakak. Mommy & papa sanggup brabes utk kejayaan kakak...

Nie sharw sket gmbr2 aisyah dolu...then skg dh 10 thn! Muka sebijik fotostat muka aku..

Thursday 29 October 2015

Pak polisi

As salam...spjg mgu nie aku sbuk uruskan jebat mr.hubby lak sbuk ngan urusan bsama pak polisi dr kalimantan. Lawatan timbal balas....bgus jugak nie! Dpt memanjangkan tali silaturahim. Stat isnin  smp khamis agak bz pak polisi ku ini. Heheheheee...

Smlm last day...hsbn send wasap....

aaa.mR. sOmi ♡♥♡♥: Ada titipan dari Ibu wati isteri Bapak dedy setiabudi...ketua trafik Kapolda

aaa.mR. sOmi ♡♥♡♥: Kain batik....utk ibu.

.....wahhh toink2 happy la!....even aku nie xreti pkai kain batik tp tetap excited. Cantik juga...agak rare  bg aku sbb coraknya. ALHAMDULILLAH rezqi....anyway tq ibu wati & bapak dedy setiabudi...

#prayforjebat..

Wednesday 28 October 2015

site visit SAG 2015


CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN LAWATAN TAPAK (SITE VISIT)

PERMOHONAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM “SITE VISIT” MELAWAT DAN MEMBUAT KAJIAN BAGI BANGUNAN BALAI SENI LUKIS SABAH.

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu ( Program Sijil Senibina) ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan/puan bagi melaksanakan Program Melawat Dan Mengkaji bangunan Balai Seni Lukis Sabah.

3.         Tujuan program ini diadakan bagi memenuhi kehendak silibus yang telah ditetapkan iaitu membuat laporan dan kajian bangunan.selain daripada itu juga secara langsung  dapat memberikan eluang kepada pelajar merasai bagaimana menjalan kajian sebenar yang dibuat di bangunan yang di lawati.

4.         Program ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya di dalam bidang senibina.  Sekiranya berpeluang, kami memohon pihak Puan untuk memberi sedikit pendedahan dan semangat kepada pelajar kami.

5.         Seperti yang dijadualkan, perancangan pihak kami ke tempat Tuan/Puan adalah pada 21 Oktober 2015.


Kerjasama dan kebenaran dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Ok...blh amik klu nk bt contoh...ilmu x leh kedekut!

group photo...sesi jul -dis 2015..



































3rd archiday 2015

as salam...throwback archiday! alhamdulillah bjalan lancar! byk experiences..enjoy this event. biasala umah siap pahat bbunyi! janji setel tQvm to all students yg komited..to those curi tulang ..curi byk2. jgn smpai tcekik.

archi students enjoy their program...mcmane pun mst kasi gegar.