Teknik ini boleh guna utk banyak benda. Termaksudlah hal2 mengenai akademik.
#Pelajar sukar untuk FOKUS?
#Pelajar sukar faham apa yg dibaca?
#Motivasi pelajar terlalu rendah?
#Pelajar tidak tau cara belajar sesuai dengan bakat mereka?
#Pelajar cepat sgt mengantuk?
Semua ada kaitannya mengenai kemampuan mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam pembelajaran diri.
Mari kita lihat satu persatu:
1. Strenght (KEKUATAN)
Ia berkaitan mengenai kemampuan mengenal pasti gaya belajar pelajar. Ia juga berkaitan sejauh mana pelajar menguasi keajaiban otak yg mereka ada.
Tau Gaya Belajar. Tau Otak mereka bekerja. Sy percaya mereka dengan sendirinya tau bagaimana cipta kemerlangan akademik.
2. Weakness (KELEMAHAN)
Jika pelajar sedar dan tahu apa yg kelemahan mereka. Pasti mudah untuk kita mencari penawarnya. Penyakit jika sesuai dengan penawarnya pasti akan terubati. Begitu juga sebaliknya.
Cth:
No.1 :Anak2 sukar mengingat. Ubatnya, bantu anak2 kuasai teknik mengingat otak kanan iaitu Memory Trick.
No.2 :Anak2 sering mengulangkaji kurang cekap. Ubatnya, bantu anak2 kuasai teknik ulangkaji pantas.
No.3:Anak2 sukar mengekalkan momentum motivasi diri. Ubatnya, bantu anak2 memahami potensi dan kekuatannya.
dan banyak lagi.....
3. Opportunities (PELUANG)
Jika dilihat zaman ini, peluang kecemerlangan pelajar sangat mudah. Kemudahan yg ada sekrg jauh lebih baik berbanding dahulu. Pelajar yg nampak peluang di hadapan mata dan menggunakan sebaiknya. Pasti, tiada ALASAN kenapa pelajar harus gagal.
No.1:Smartphone:
Bantu anak2 kenal pasti Link Akademik atau info berguna utk mereka jadikan rujukan.
No.2:Apps@Aplikasi Teknologi.
Bantu anak2 kenal pasti aplikasi pembelajaran utk info tambahan selain dari sekolah. Cth: Pinterest, Memory Visual, Brain Booster, Aplikasi Bahasa dan byk lagi....
4. Threat (ANCAMAN)
Pelajar perlu sentiasa sedar ancaman yg akan mereka terima jika tidak belajar dgn bersungguh2. Selain itu, analisis ni juga membantu pelajar kenal pasti tembok halangan yg pasti mereka hadapi. Tahu, pasti buat persediaan rapi menghadapinya.
Ia mengenai perasaan sekiranya dapat result rendah?Ia mengenai kesan hidup jika suka sangat bermain2.
Tak salah jika pelajar sudah jelas lebih awal mereka akan jadi apa selepas 10 ke 15 tahun akan datang. Ajak mereka Zaman itu.
Biar mereka rasa, lihat dan nikmati dengan jelas apa yg akan mereka dapat jika BERLAWAN DENGAN BANGAU (ALASAN)sekarang.
#Semoga penjelasan ringkas ini memberi input kepada pelajar bagaimana kita gunakan SWOT ANALYSIS STUDY untuk mencipta kemerlangan dalam akademik.
Like ~ Share
Rusdi Rusli
Memory Coach
Learning Study Specialist
Assalammualaikum ok tak prog no sis, ada tak peningkatan keputusan dan sikap anak
ReplyDelete