me & mine

Nak share apa yg blh di share...especially utk yg sudi mbaca. Dunia hanya sementara...
pesanan org tuaku..." hina besi kerana karat...hina manusia kerana tidak berilmu:...
Pesanan utk sume..."Idup biar berakal...tp mati jgn brantu!"

Peace yoo... \m/

Sunday, 11 December 2016

MAULIDURRASUL

Maulidur Rasul message
💠 *بسم الله الرحمن الرحيم*💠 

```Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku merasa  pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```

💠💠💠💠💠💠

```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya```

💠💠💠💠💠💠

```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

💠💠💠💠💠💠

```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

💠💠💠💠💠

```Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``

💠💠💠💠💠💠

```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku.. aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```

💠💠💠💠💠💠

*Assalamualaika ya Rasulullah*
*Assalamualaika ya habiballah*

ﷺ💠💠💠💠💠

*Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti*

*Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah*
 *Muhammad s.a.w*
*اللهم صل على محمد وآل محمد*

💠💠💠💠💠💠.     SALAM MAULIDUL RASUL

No comments:

Post a Comment