Responden 1
Responden dilahirkan pada Januari 1968,
berasal dari Kuala Lumpur. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Bapanya
merupakan pesara kerajaan, Bekas Guru Besar di salah sebuah Sekolah Menegah di
Kuala Lumpur. Manakala ibunya pula merupakan seorang bekas Timbalan Pengarah
Bahagian di salah sebuah Agensi Kerajaan dan juga merupakan seorang
pesara.
Mendapat pendidikan diperingkat Diploma dalam
bidang Senireka Grafik dan seterusnya melanjutkan pengajian terus keperingkat Ijazah
Sarjana Muda dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam dalam bidang Senireka
Grafik. Responden juga telah berjaya menyambung pengajian di peringkat Ijazah
Di Glasgow Universiti.
Mula berkhidmat pada tahun 2000 dan
berusaha mencapai keperingkat ini setelah hampir 20 tahun berkhidmat dengan
Majlis Amanah Rakyat. Berkhidmat dalam gred J dalam bidang teknikal. Pernah
menerima pelbagai anugerah setelah berjaya mencapai banyak kejayaan sendiri dan
melalui agensi. Paling dibanggakan setelah menerima Anugerah Pendidik Terbilang
MARA. Memegang jawatan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik di salah sebuah
Institusi Pendidikan Tinggi MARA (IPMa). Telah memegang jawatan sebagai pemimpin
selama hamper sepuluh tahun, dan ini merupakan pusat kedua baginya sebagai
pemimpin.
Responden
2
Responden berasal dari Negeri Johor dan
dilahirkan pada tahun 1972. Mendapat pendidikan bermula dari Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Teknologi Malaysia selepas memperolehi keputusan cemerlang
dalam Sijil Tinggi pelajaran Malaysia dan sterusnya melanjutkan pelajaran dalam
bidang kejuruteraan di peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia.
Responden merupakan anak kepada seorang
pesara tentera dan ibunya seorang surirumah sepenuh masa. Responden merupakan
anak ke lima daripada sebelas orang adik-beradik. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya
mata. Isterinya juga merupakan seorang pendidik.
Meminati bidang pendidikan dan mula
berkhidmat sebagai pendidik bermula tahun 1998. Setelah berjaya menamatkan
pelajaran di peringkat sarjana, responden berpeluang untuk dinaikan pangkat ke
jawatan Ketua Jabatan. Pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Responden
telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan, dan mempunyai
serba-sedikit pengalaman dalam bidang pendidikan.
2.
MEMBINA SOALAN TEMUBUAL
Dalam membina soalan–soalan yang akan
dikemukakan kepada responden, pengkaji mestilah mengetahui dan menyenaraikan
beberapa perkara yang diperlukan supaya soalan yang dibina tidak tersasar dari
tujuan utama kajian. Soalan dibina bagi menjawab tugasabn yang diberikan.
Pengkaji menyenaraikan soalan yang akan dikemukakan kepda responden dalam sesi temubual
(face-to-face).
Sebelum berjumpa responden pengkaji
telah membuat ujian rintis terhadap soalan-soalan supaya setiap soalan yang dikemukan
memberi input yang positif terhadap kajian yang dijalankan. Pengkaji mengenalpasti maklumat yang diperlukan. Selain dari
itu pengkaji perlu mengenalpasti responden yang hendak di temubual dengan
membuat sedikit penyelidikan berkenaan latar belakang tokoh berkenaan.
Soalan dikemukakann menggunakan teknik temubual tidak berstruktur, yang juga merupakan
aktiviti perbualan dan soal jawab yang mementingkan penerokaan idea atau
perasaan lebih daripada mendapat fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan terbuka
(‘open-ended questions’) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dari
responden.
Seperti biasa soalan didahulukan dengan
bertanya mengenai latar belakang reponden. Dan temubual diteruskan dengan
soalan soalan yang lebih mengjerumus pada tajuk kajian. Soalan-soalan adalah seperti
dalam lampiran yang akan disediakan.
3.
TEMUBUAL
Temubual merupakan pendekatan yang
digunapakai dalam mendapatkan maklumat terhadap responden. Pengkaji telah
memilih dua orang responden yang diperingkat pemimpin untuk ditemubual. Setiap
sesi temubual telah dijalankan selama hampir satu jam. Beberapa soalan yang
telah disenaraikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesi ini. Soalan
–saoaln yang dbina adalah seperti dalam lampiran 1.
Sebelum berjumpa responden pengkaji
telah membuat temujanji supaya temubual yang dijalankan dapat dilaksanakan
dengan sempurna disamping mendapatkan kebenaran dari responden supaya segala
informasi yang diperolehi boleh digunakan dalam kajian ini.Dalam sesi temubual
ini, pengkaji telah menambah beberapa soalan mengikut keperlian bagi menarik
minat responden untuk berkongsi maklumat. Di akhir temubual pengkaji membuat
kesimpulan dan memberi kata-kata semangat kepada responden dan temubual di
akhiri dengan ucapan terima kasih.
Pengkaji
telah mengenalpasti dua orang responden. Setelah temujanji dibuat, pengkaji
telah bersedia bersama senarai soalan yang di atas. Perkara pertama yang dibuat
adalah pengkaji sebelum membuat temujanji ialah memberiahu tujuan temubual
dijalankan dan setelah mendapatkan persetujuan daripada responden untuk
menggunakan maklumat yang diperolehi dalam membuat kajian ini. Semasa temubual
dijalankan, pengkaji telah menggunakan peramkam suara sebagai alat banTuan
dalam merekod maklumat. Dalam masa yang sama, beberapa catatan yang penting
perlu dibuat oleh pengkaji. Setelah temubual selesai, pengkaji menyatakan
penghargaan atas kerjasama responden.
Setelah selesai temubual, pengkaji
membuat penelitian terhadap catatan dan rakaman yang telah dibuat. Pengkaji
juga menyediakan transkrip perbualan sepanjang sesi temubual dengan bantuan
rakaman suara dan catatan.
4. HASIL TEMUBUAL
Responden
1
Soalan 2 : Sebagai seorang pemimpin
biasanya mereka mempunyai idola yang boleh membantu menaikan semangat atau
memberi inspirasi. Inspirasi responden pertama ialah ibunya sendiri dimana
responden mula kagum bila melihat ibunya mampu memimpin ramai orang bawahan.
Soalan 3 : Responden mengamalkan nilai
yang murni dengan menekankan nilai-nilai agama dalam menjalankan tanggungjawab
dan tugas yang diamanahkan. Responden juga menutamakan sifat amanah dan
berdisiplin serta sentiasa bekerjasama. Dalam memastikan nilai-nilai teras
dapat diterapkan, sebagai pemimpin responden menunjkkan contah dan tauladan
yang baik daan mengambil contoh bagaimana yang telah dilakukan oleh bapanya.dalam mendidik anak. Responden
suka bersifat terbuka dimana setiap tugasan yang diberikan. Dan responden lebih
bersikap bertanggungjawab dan turut sama dalam menjalankan tugas supaya setiap
tugasan dapat difahami oleh semua kakitangan.
Soalan 4 : responden mempunyai cara
tersendiri dalam menangani masalah mendapat komitment dari pekerja. Responden
banyak menggunakan cara diplomasi dimana beliau akan bersifat terbuka dalam
menangani masaah tersebut.
Soalan 5 : Responden berusaha dengan
cara tersendiri dalam memberi kefahaman dan penghayatan Visi dan Misi kepada
kakitangannya. Visi dan Misi erupakan tunjang utama bagi responden dalam
menjayakan organisasi. Responden akan memastikan kakitangan memahami apakah
visi dan misi organisasi.
Soalan 6 : Responden mengadakan beberapa
program contohnya seperti Program Sharing
Knowledge dalam membantu membudayakan nilai-nilai yang baik kepada pekerja
baru di dalam organisasinya. Selain daripada itu responden juga melantik mentor
dikalangan pekerja yag berpengalaman dalam membimbing kakitangan baru.
Soalan 7 : Dalam memastikan
kecemerlangan kurikulum menjadi tanggungjawab pensyarah-pensyarahnya, responden
meletakkan satu target dalam setiap tugasan. Contohnya dalam menangani masalah
ponteng responden meletakkan target dengan melancarkan kempen ‘WX sifar’ dimana
rekod kehadiran pelajar menjadi keutamaa dalam menangani masalah ini.
Soalan 8 : Untuk memastikan pensyarah mempunyai sifat bertanggungjawab,
responden sentiasa memastikan asetiap arahannya sentiasa difahami.
Soalan 9 : Responden mengambil berat
tentang penurunan prestasi peperiksaan, sebagai langkah bersedia responden
mengarahkan semua pensyarah mengadakan program intevensi bagi menangani masalah
pelajar lemah. Dan pensyarah diminta menyediakan laporan bagi mengatasi masalah
pelajar.
Soalan 10 : Responden sentiasa berusaha
dalam memperkembangkan potensi dan meningkatkan kecemerlangan organisasinya.
Bagi responden, cemerlang seseorang pekerja itu bermakna organisasinya juga
adalah cemerlang. Responden sentiasa menggalakkan pekerja mengambil bahagian
dalam pelbagai aktiviti. Responden juga meletakkan KPI atau target dalam
memastikan kejayaan. Disamping responden juga menegaskan sifat menyayangi
orgnisasi dalam menjayakan setiap apa juga program dan aktiviti yang
dijalankan.
Responden
2
Soalan 2 : Idola kepimpinan yang berjaya
mempengaruhi responden ini ialah Allahyarham Hj. Ahmad Fauzi yang merupakan
mantan Pengarah responden suatu masa dahulu. Responden suka cara idolanya
membantu kakitangan bawahan yang melakukan kesilapan dengan memberi tunjuk ajar
dan bukan menghukum.
Soalan 3 : Responden menekankan rasa
tanggungjawab, amanah dan jujur dalam menjalankan tugas kepada kakitangannnya
juga pemantauan diperlukan. Responden juga sentiasa memberi peringatan da
contoh dengan mengamalkannya sendiri. Dengan apa yang di buat, responden
mendapati penerimaan secara positif dari anggota organisasinya.
Soalan 4 : Reponden memberi peluang
untuk kakitangannya memerpaiki kelemahan, sekiranya tidak berkesan teguran akan
diberi.
Soalan 5 : Responden menggunakan masa
bermensyuarat dalam memberi kefahaman dan penghayatan berkaitan visi dan missi
organisasi.
Soalan 6
: Dalam usaha membantu pekerja baru membudayakan nilai-nilai yang baik,
responden mewujudkak konsep ‘mentoring’ dimana pekerja yang lebih senior
dilantik sebagai mentor.
Soalan 7 : Dalam memastikan kecemerlangan
kurikulum menjadi tanggungjawab pensyarah di Istitusi tersebut, responden
sentiasa memanta prestasi pekerja pensyarah dan memberikan peringatan sekiranya
terdapat kelemahan.
Soalan 8 : Dalam menerapkan budaya pemudahcara dikalangan pensyarah,
responden membuat peraturn di dalam kelas dan mendapatkan makluman dari
pelajar.
Soalan 9 : Responden akan membuat
autopsy/periklanan dalam pelbagai aspek dan mengenalpasti punca-punca
berlakunya penurunan prestasi juga membuat perancangan penambahbaikkan.
Soalan 10 : Sebagai pemimpin, responden
akan memberikan galakkan kepada staf untuk meningkatkan prestasi diri. Selain
itu responden juga memberikan penghargaan atas usaha yang telah dibuat. Dan
responden juga berusaha untuk menjadi contoh yang baik untuk menjadi ikutan
staf bawahannya.
5.
PERBANDINGAN KESELURUHAN RESPONDEN
Setelah
selesai membuat temubual, pengkaji telah mendapat beberapa informasi yang boleh
digunapakai dalam kajian ini.stiap responden memberikan maklumt yang diperlukan
dengan mudah, keran mereka memahaami setiap maklumat yang dikehendaki oleh
pengkaji. Secara keseluruhan jawapan yang diberikan memberi impak yang positif
dan juga negatif.
Dalam soalan 1
dan ke 2, responden pertama menjadikan idola orang yang terdekat dengannya
dimana ia merupakan inspirasi responden sejak dari kecil. Responden pertama juga lahir dalam keluarga
yang berjaya untuk menhjadi aspirasi baginya untuk berjaya salam kehidupan dan
menjadi pemimpin. Berbeza dengaan responden kedua, pemimpin yang pernah
memimpin beiau suatu masa dahulu menjadi idolanya dimana responden tertatik
dengan cara idolanya membimbing kakitangan beliau sebelum ini.
Untuk soalan ke 3 dimana banyak menekankan
nilai-nilai teras dalam organisasi dan kepimpinan. Kedua-dua responden banyak
menitik beratkan tanggungjawab yang diberi dalam menjalankan tugas yang di
amanahkan. Bagi responden pertama lebih menekankan nilai-nilai keagamaan
seperti bersifat amanah, brtanggungjawab dan berdisiplin serta bekerjasama
disamping mempercayai orang bawahannya dalam menjalankan tanggungjawab,
manakala responden kedua pula menggunakan elemen yang sama tetapi baginya
pemantau perlu dibuat walaupun secara minimum. Kedua-dua reponden menyatakan
contoh yang terbaik daripada pemimpin adalah merupakan kaedah membantu pekerja
dibawahnya untuk mengunakan nilai-nilai teras dalam perkhidmatan. Dengan yang
demikian kedua-dua responden mendapat reaksi positif dari kakitangan masing
dengan memberikan kerjasama kepada mereka dalam melaksanakan setiap tugasan
yang diberikan oleh r kedua-dua responden.
Dalam soalan
ke empat, pengkaji melihat kedua-dua responden mempunyai persamaan dalam menangani
kakitangan yang bermasalah. Dalam satu petikan sebuah akhbar tempatan iaitu
KOSMO 22 Mac 2015 (ruangan Akademik) :
‘Adalah amat
penting bagi setiap ketua dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran menangani
pekerja bermasalah dengan menghantar mereka menjalani kursus tersebut. Dengan
ilmu dan kemahiran ini, seorang ketua akan lebih yakin untuk berhadapan dengan
pekerja bermasalah dan mereka juga tidak mungkin terjerat oleh sebab tersalah
langkah dalam mengatasi masalah ini.’
Daripada petikan tersebut, responden
telah menggunakan kaedah yang sama dimana responden akan menegur dan memberi
peluang kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum
tindaakan lain diambil. Walaubagaimanapun tindakan kedua responden adalah
dengan memberi teguran secara lisan sebelum di ambil tindakan tatatertib.
Dalam
soalan ke lima, ia menilai kepentingan memahami visi dan misi bagi responden
dalam organisasi yang di terajui. Kedua-dua responden dalam satu organisasi
yang sama tetapi dalam jabatan yang berbeza. Mereka menggunakan kaedah yang
sedikit berbeza. Begi responden pertama, responden mewajbkan semua
kakitangannya memahami Piagam pelanggan dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab kerana Piagam pelanggan sangat mempengaruhi misi dan visi
organisasi. Manakala responden kedua pula mengunakan masa bermesyuarat untuk
memberi kefahaman kepada kakitangannya.
Pekerja
atau kakitangan baru merupakan aset baru dalam membentuk pembangunan sesebuah
organisasi. Soalan ke enam mengkaji
bagaimana ketua atau pemimpin dapat membantu kakitangan baru dalam membudayakan
nilai-nilai yang baik. Kedua—dua responden menngunakan konsep mentoring dimana
pekerja senior menjadi mentor kepada kakitangan-kakitangan yang baru. Dan
responden pertama mengambil langkah lebih effektif dengan mengadakan program
yang dinamakan ‘Sharing Knowledge’ untuk berkongsi idea dan saling
ingat-mengingati disamping menyampaikan pelbagai informasi terkini.
Kecemerlangan kurikulum adalan tunjang
utama kejayaann sesebuah institusi pendidikan. Sebagai pemimpin responden
mempunyai tanggungjawab yang berat untk memenuhi. Dalam mencapai kejayaan
responden pertama matlamat dalam setiap tugasan dengan ini secara tidak
langsung pencapaian pelajar antara matlamat utama institusi. Responden perama
akan peka pada setiap permasalahan supaya ia dapat di atasi segera. Pelbagai
aktiviti dan perancangan untuk memastikan keecemerlangan kurikulum. Sedikit
berbeza dengan responden keduua. Responden kedua pula memilih pemantauan
prestasi kerja pensyarah. Peringatan akan diberi kepada pensyarah sekiranya
terdapat sebarang masalah atau kelemahan.
Sebagai pendidik, budaya pendidikan
atau perguruan yang dijadikan sebagai pemudahcara menyampai dalam pengajara
didalam kelas adalah penting. Sebagai pemimpin pendidikan pelbagai cara untuk
menjaminserta memastikan ia dlaksanakan dengan sempurna. Bagi responden
pertama, beliau menegaskan bahawa ia adalah tanggungjawab pensyarah itu sediri.
Sebagai pemimpin responden memberi arahan yang mudah difahami supaya pensyarah
sentiasaa menyedari apakah tanggungjawab mereka. Bagi responden kedua pula,
belia memmbuat peraturan di dalam kelas dan mendapatkan maklim balas dari
pelajar.
Penurunan
pretasi peperiksaan merupakan suatu yang dianggap bencana bagi sesebuah
institusi. Sebagai pemimpi, reponden pertama akan mengambil langkah bersedia
dengan sentiasa mengemaskini prestasi pelajar melalui pensyarah. Ini dibuat untuk memastikan masalah pelajar
tercicir dan lemah dapat di atasi ssegera dengan beberapa kaedah seperti dengan
membuat kelas tambahan atau mengadakan intervensi bagi pelajar yaag lemah dan
yang memerlukan permerhatian. Pensyarah juga akan lebih perihatin dan akan
membuat tindakan segera dalam mngatasi masalah-masalah yang pelajarnya. Bagi
responden kedua, beliau akan membuat autopsi dari pelbagai aspek. Responden
akan mengenalpasti puncca berlakunya penuruunan dan akan membuat perancangan untuk
penambahbaikan.
Sebagai pemimpin pelbagai usaha yang
dilakukan dalam memperkembangkan potensi dan meningkatkan kecemerlangan
organisasi. Bagi reesponden pertama, galakkan kecemerlangan sentiasa dbuat.
Responden sentiasa menggalakkan kecemerlangan individu atau kakitangannya dalam
memastikan kecemerllangan dalam orgaanisasinya. Kerana bagi responden kejayaan
setiap kakitangannya melambangkan kejayaan dalam organisasi pimpinannya. Antara
usaha yang dilakuka oleh responden ialah dengan mnggalakkan semua kakitanganya
mengambil bahagian daam pelbagai
pertandingan contohnya seperti Pertandingan Inovasi, kerana kejayaan yang akan
dicapai hasil usaha sama akan menunjukkan kejayaan organisasi tersebut. Selain
daripada itu, rsponden juga sentiasa memberi galakkan dan sokongan kepada semua
kakitangan untuk melanjukan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Responden
juga sentiasa meletakkan KPI dalam setiap tugasan yang diberi supaya mencapai
kejayaan seperti yang dirancang. Responden kedua juga sama, belia sentiasa
memberi galakkan kepada kakitangannya untuk meningkatkan prestasi diri. Selain
daripada itu responden kedua juga akan memberi penghargaan kepada kakitangannya
di atas setiap kejayaan yang dibuat. Responden juga berusaha untuk menjadi yang
terbaik supaya beliau dapat menjadi contoh dan ikutan kepada kakitangan di
bawahnya.
6.
KESIMPULAN
Hasil daripada
sesi temubual kedua-dua responden yang dijalankan mendapat memantu pengkaji
dalam membauat penilaian. Daripada beberapa soalan yang di ajukan jelas
menunjukkan konsep keepimpinan yang digunakan oleh kedua-dua responden. Mereka
mempunyai sifat kepimpinan yang
tersendiri. Kepimpinan yang mereka laksanakan mempunyai impak tersendiri
terhadap hasil kepimpinan yang mereka amalkan.
Responden
pertama yang pada awalnya dikriteriakan sebagai ‘born to be a leader’ dimana responden mempunyai kedua ibu bapa
yang berjaya dan lahir dari keluarga pemimpin. Responden kedua adalah pemimpin yang lahir dari rasa sendiri untuk
berjaya. Kejayaan responden tanpa pengaruh dari keluarga terdekat. Menurut
Cleland (2004), kepimpinan merupakan satu sifat semulajadi di mana seseorang
individu tersebut adalah berkeupayaan dalam memimpin sekumpulan manusia dengan
memastikan setiap pekerjanya adalah bermotivasi.
Pengkaji
menilai kepimpinan responden pertama sebagai Kepimpinan
Demokrasi. Dimana responden pertama mempunyai cara kepimpinan demokratik yang
juga dikenali sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya
melibatkan diri dan mempunyai tanggungawab dalam organisasi. Responden juga
memberi peluang kepada semua kakitangannya untuk memberi pendapat dan peluang
bagi memperbaiki kesilapan. Menurut Nurhelmi Ikhsan, (2008), contoh seorang
tokoh iaitu Aminuddin Baki, merupakan seorang pemimpin atau seorang ketua yang
tidak suka mengarah dan menunjukkan kuasanya kepada pegawai bawahannya.
Aminuddin Baki juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan di dalam teori gelagat di
mana gaya kepimpinan beliau dilihat lebih menjurus kepada kepimpinan
demokratik. Selain itu responden mewujudkan kecemerlangan pencapaian kurikulum dan
menanam semangat professional yangt terhadap pensyarah-pensyarah dan kakitangan
dibawah pimpinannya. Menurut Wahab (2006). Pemimpin yang jenis demokrasi adalah
pemimpin yang berada di tengah-tengah organisasi, ini di klasifikasikan sebagai
pemimpin yang bersikap mesra dan senang diterima dikalangan kakitangannya.
Responden kedua mempunyai ciri
kepimpinan Autokratik. Pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan
tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang
mengamalkan cara ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,
mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Menurut Ginsberg dan Murphy (2002), pemimpin
yangmengamalkan pemantauan dari bilik darjah ke bilik darjah walaupun telah
membuat pencerapan secara formal. Pemantauan ini penting bagi mengawasi
kemajuan pelajar untuk pencapaian matlamat sekolah.
Menurut Robiah (2003), Keberkesanan
tindakan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya dalam dua
proses memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan kakitangan di
bawahnya. Walau bagaimana pun
kedua-dua responden mempunyai pendapat yang sama. Iaitu diri kepimpinan
kedua-dua responden ini adalah seorang pemimpin yang memberi penekanan dalam
memantau pencapaian murid. Menurut Lokman & Mohd Anuar (2011), Pemantauan
ini mampu memperbaiki mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di
samping dapat memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan
seorang tokoh yang sangat menrik minat pengkaji dalam memahami terori
kepimpinan. Beliau telah diberi gelaran “Bapa Pemodenan” atas usahanya untuk
memajukan dan memodenkan Malaysia sepanjang 22 tahun memerintah. Beliau telah
membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai
pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang
disegani dan dihormati di pentas dunia serta mampu bersaing dikalangan
negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah
negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka
yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir atau di kenali sebagai Tun M dapat kita
lihat berada di mana sahaja.
Kesimpulannya, kedua-dua responden telah
mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Kepimpinan merekan dalam
bidang pendidikan secara langsung bukan
dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran, malahan dapat memupukan
kebolehan guru serta membentuk tanggungjawab dikalangan seluruh kakitangannya.
Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan
negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan
itu peranan dan tanggungjawab pemimpin instructional juga telah mengalami
perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut
masa dan situasi.
7.
RUJUKAN
Wahab, A.A. 2006. Anatomi
Organisasi Dan Kepemimpinan Pendidikan. Bandung : Alfabeta
Lokman Mohd.
Tahir & Mohd. Anuar Abd. Rahman (2011). Orientasi Kepimpinan Pengetua Sekolah. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.
Ginsberg, M.B. & Murphy, D. (2002). How Walkthroughs
Open Doors. Educational Leadership 58
(8). 34-36.
Robiah Sidin(2003).Teori Pentadbiran Pendidikan: Satu
Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurhelmi Ikhsan. (2008). Seminar Pengurusan Islam: Gaya kepimpinan
– kepimpinan autokratik, kepimpinan demokratik dan kepimpinan Laissez-faire
dan kesannya terhadap pengurusan organisasi.
8.
LAMPIRAN
Soalan Temubual
1.
Bolehkah Tuan ceritakan latar belakang
keluarga dan tahap tertinggi pendidikan Tuan/puan?
2.
Siapakah antara pemimpin yang memberikan
kesan besar /mentor dalam kepimpinan Tuan/puan? Mengapa beliau menjadi
inspirasi kepada Tuan?
3.
a) Bagaimanakah
Tuan/puan menerapkan nilai-nilai teras dalam organisasi Tuan?
b) Adakah
Tuan mempunyai sebarang strategi dalam memastikan nilai-nilai teras dapat
diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan?
c) Bagaimanakah penerimaan oleh
anggota-anggota dalam organisasi Tuan?
4.
Bagaimanakah Tuan menangani kakitangan
yang mempunyai masalah-masalah yang tidak kompiten dalam menjalankan tugas?
5.
Adakah Tuan memperuntukkan sedikit masa
untuk memberikan kefahaman dan penghayatan berkaitan visi dan misi organisasi
/sekolah kepada kakitangan Tuan?
6.
Apakah kaedah yang Tuan lakukan dalam
membantu pekerja baru dalam membudayakan nilai-nilai yang baik dalam
organisasi/sekolah Tuan ini?
7.
Bagaimanakah cara Tuan dapat memastikan
kecemerlangan kurikulum ini menjadi tanggungjawab bagi setiap guru-guru di
sekolah ini?
8.
Bagaimanakah Tuan dapat memastikan setiap
guru dapat menerapkan budaya guru sebagai pemudahcaraan menyampaikan pengajaran
dalam kelas harian?
9.
Sekiranya berlakunya penurunan prestasi
peperiksaan /pentaksiran di sekolah Tuan, apakah yang perlu Tuan lakukan?
10. Sebagai
pemimpin, apakah yang Tuan lakukan dalam usaha memperkembangkan potensi dan
meningkatkan kecemerlangan organisasi yang Tuan pimpin sekarang?
No comments:
Post a Comment