me & mine
Labels
Wednesday, 28 February 2018
Tq Jiran...
Wednesday, 21 February 2018
Black paper
FM Netball With Al-fateh team
Tukar cara berdoa..
Assalamualaikum...park sini dulu nnt free blh baca! Tq pd yg share....
Gambar hiasan je hehehee
*TUKAR CARA BERDOA.*
Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya ..
Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..
*#FORMULA_1*
Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".
*#FORMULA_KE_2*
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
*#FORMULA_KE_3*
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:
"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
*#FORMULA_KE_4*
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
*#FORMULA_KE_5*
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:
"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."
*#FORMULA_KE_6*
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."
Moga Bermanfaat. 🙂
Jemput SHARE supaya lebih ramai lagi yg mendapat manfaatnya.. 🤗
Monday, 19 February 2018
Upgrading
muka along ok tp adik nmpk cuak...sbb utk gred die..die sorg kene nilai nnt...
team sk malawa
tgh susuh ikut KUP & Nama.....
taklimat coach firdaus
ok tggu turn nama kene panggil nie...
tp time nie tgh test white belt...
Present bday 2006
as salam... entry kali nie nk imbas kenangan. masa mula kawen laki aku bkn org senang...dpt anak 2005 time tu juga rezqi ALLAH smpai...ari anak keluar ari tu gak dpt semboyan utk training pegawai kanan. so aku kene tempuhi sume sorg2..sbb 9 bln die msk training kat Pulapol Kuala kubu baru. sengsaranya ALLAH je tahu. every week As-kL mcm bangsar ke sg.besi je jaraknya..jumaat adalah masa utk bsama aisyah & sabtu pg ke Kuala kubu melawat hsbn. tu pun lps sebulan xdpt jmp. ygpaling sadis dh nk smpai destinasi hsbn call xdpt jmp....mcm2 hal..patah blk. tgh mlm aku akan amik bas jan 11.45 ke AS..smp as jam 6 lbh kurg trus blk mandi2 trus msk keje..mcm tu la selama setahun..tp alhamdulillah dikurniakan kesihatan mental, fizikal & poket yg baek...huahahahaaa
nia dalah salah satu hadiah hsbn sempena bday aku pd 2006..yg bestnya ari nie 19 feb 2018 ia masih lg blh digunakan.... cuma dh calar balah...12 tahun kot! cina jual tu pun dh mati...tp alhamdulillah cinta kita x mati lagi...kwang3333....
sekian....assalamualaikummmmm!
Rambutan & petua Mak
Esoknya blk keje buah tu tu x berusik...sbb bdk2 nie tgk kulit dh x lawo... bulu pun kering.... then on the dot aku pun kopek la sume buah2 then simpan dlm fridge....sume ok lg! masih menggoda lg rupa rambutan2 tu..pg esoknya pula tgh duk kalut bsiap sgala rutin tba2 c aisy buka fridge..mommy adik nk bw bekal buah p skola blh? aku tny blk buah ape..??? rupanya rambutan...aku pun isi la utk aisy & aisyah...
ptg tu blk skola sambil tgk tv depa sambung lg makan...huh! selamat buah rambutan dari d buang...akhirnya berkilo2 buah tu abes dlm masa less then 24hours!
nahhhhhhhhhh...........itu je pun! x la petua tp cara or kaedah xmo membazir!
ni ha rupa buang tu lps sehari dlm beg plastik...
huduh la jugakkkk
naaaa...lps kopek nmpk peloles kan!!!!!!
so blh la bt lg..........