As salam... Seharian musykil ttg keadaan anak aku yg suka solat dlm saf org dewasa.. Mmg die taksub utk bjemaah d surau. Sanggup g sorg2 even papanya keje..
Alhamdulillah jmp 1 penerangan yg agak positif. Smoga jd panduan utk kita. Jgn tau ckp je... Nie saya copy & paste je
...
...
Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang..
1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.
2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.
3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.
4- Tiada istilah “putus saf” jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.
5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?
6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.
7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.
8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.
9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah.
10- Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana mudahkan penculikan berlaku. Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang..selamat berpuasa.
No comments:
Post a Comment